PRU13

Dah selesai pru13. Tapi macam biasa, masih kedengaran desas-desus tidak puas hati pada keputusan yang keluar.

Adat bertanding memang begitu. Walaupun bantahan itu berasas tapi ada kalanya keterlaluan juga. Yang terbaik, teruskan kehidupan. Fokus kepada kerja hakiki, memajukan diri, keluarga dan ummah.

Advertisements

Blog PUT di p3 google

Hari ni saya semak carian keyword untuk blog www.pelaburanunittrust.com yang saya hanya sempat setup tetapi belum buat sebarang posting. Terkejut juga bila saya dapati ia sudah berada di page 3 google.

blog pelaburan unit trust rank page 3

Objektif blog ini adalah untuk dijadikan projek wiki yang mengandungi semua info tulisan pelbagai penulis berkisar tentang tema “pelaburan unit trust”. Semoga ada penulis jemputan yng sudi menyumbang artikel yang relevan. Sebagai balasan, saya akan link kan blog / website mereka dalam ruangan pengiktirafan di bawah posting.

Page 2 Google Search

Hari ni saya siapkan dan launch blog promosi untuk Kedai Corelle Online milik saya dan isteri. Bila saya search berdasarkan keyword yang saya set untuk blog ini, hasilnya memang menakjubkan. Kedai saya berada di page 2. Insyaallah jika saya lakukan promosi dan on-page optimisation, rasanya dalam sedikit masa lagi kedai ini akan berada di top 10 search.

kedai corelle online di page 2 google

Semoga kejayaan ini akan diiringi juga dengan sales yang mencurah-curah.

Cara IUTA mencuri client

Di MAAKL Mutual, adviser kami tidak perlu bersaing dengan wakil IUTA (Institutional Unit Trust Agent) seperti bank atau boutique bank dalam memasarkan dana yang sama. Di Maakl, syarikat hanya menggunakan adviser seperti saya. Itulah salah satu sebab utama kenapa saya memilih Maakl Mutual.

cimbclicks curi client

Cuba kita lihat iklan di atas, yang saya ambil daripada cimbclicks pada 1 October 2011. Bagi pelabur yang tahu perkara ini, sudah tentulah mereka akan memilih untuk berurusniaga online berbanding membeli dengan ejen mereka. Jika beli melalui ejen, caj jualan yang kena bayar antara 5% – 6.5% bergantung jenis dana.

Jika anda mahu menjadi ejen unit trust, elakkan daripada bersaing dengan IUTA. Mereka ada kemampuan bersaing dengan sumber yang mereka ada. Mereka boleh beri diskaun sepenuhnya jika mahu. Oleh itu,  pilihlah MAAKL Mutual.

Kembali bertrading

Kata orang “once a trader, always a trader”. Walaupun saya telah mengambil keputusan untuk slow down dan berhenti aktif bertrading, namun dalam jiwa saya masih kuat perasaan untuk bertrading. Akaun micro yang masih aktif dan ada satu lagi managed account yang saya masih kendalikan sekarang ini. Kini saya tidak menjadikan trading sumber pendapatan saya menyara kehidupan, maka saya boleh buat secara santai sahaja. Trading secara bersahaja,  menganalisa chart EW pada time frame yang lebih besar dan order bila rasa perlu sahaja.

Saya tetap dapat ilmu baru hasil aktiviti kebelakangan ini:-

  1. Saya tidak gopoh bila mahu masuk order yang baru.
  2. Saya lebih kenal fasa impulsive dan corrective dalam bacaan EW.
  3. Hanya boleh masuk dan kekal dalam position selagi ia belum habis.

Target sahaja dalam bertrading ialah membesarkan akaun yang tinggal ini dan keuntungannya saya mahu berikan kepada rakan-rakan dan anak murid yang dahulu kerugian dalam trading. Kalau dapat semua orang dapat balik modal yang hilang termasuk juga yuran kelas. Sambil-sambil tu saya pun nak juga bayar hutang sendiri.